Friday, October 11, 2013

Syukur Alhamdulillah....Angah selamat

As Salam....
Pada pagi Juma'at  Aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari Anak perempuanku yang berada jauh di Makassar. Benak hati tertanya juga apa pula halnya dia ni telefon waktu sebegini. Sebaik saja memberi salam padanya, Angah menjawab salamku dan memberitahu supaya Aku jangan panik. Ha!?

"Begini Mak,  malam tadi rumah Angah dimasuki pencuri. " Belum sempat Aku menjawab atau bertanya, Angah menyambung lagi,
"Mak dengar saja apa yang Angah nak beritahu ni, Mak  jangan menjawab atau soal dulu. Angah redha apa yang telah terjadi, Mak jangan bimbang, syukur Alhamdulillah, kami semua tidak diapa-apakan oleh pencuri tersebut, lagipun kami semua tidor ketika itu. Hanya dua buah laptop dan wang tunai yang sempat diambil oleh pencuri tersebut. Dia lari pun bila dia sedar yang Angah dan terjaga dari tidor."

"Salah satu Laptop yang hilang tu Angah punya. Tidak apa lah Mak... nak buat macam mana."
Apabila mendengar penjelasan Angah dengan suara yang confident  padaku membuatkan Aku yakin bahawa sememangnya tidak mahu Aku risau. Alhamdulillah, syukur semua selamat.

Pesan ku pada mu Angah:
1. Sentiasa basahi bibirmu dengan Al Fatihah... sekiranya kesempatan menyebelahi mu. Perbanyakkan ucapan "dialog Pencipta dengan kita"
2. Zikirkan Ayat kursi. Jangan pernah leka dari menzikirkannya. Didalamnya telah di nyatakan dengan jelas bahawa Allah swt tidak pernah tidor.
3. Jangan lupa dibaca juga 4 Qul sebelum tidor.
4. Doa hindari dari musibah dialunkan setiap kali terdapat keraguan di hati.
"Bismillahil lazii laa yadhurru ma asmihi syai un fil ardhi wala fissamaai wahuwas samii ul 'alim"

Kalau Angah baca pada waktu pagi, sepanjang hari hingga malam Angah tak ditimpa musibah. Dan kalau dibaca waktu malam, Angah tidak ditimpa musibah hingga ke pagi berikutnya.

Bacalah semua ayat2 ini selalu, selain dari membaca ummul kitab ya Angah..
Insyaa allah... kita sayang dan jaga Allah...maka Allah akan jaga kita.
Di samping itu, langkah-langkah keselamatan kenalah buat ya..bila .dah pasti buat semuanya, barulah bertawakkal dan redha pada ketentuan Allah swt ya...

No comments:

Post a Comment