Sunday, November 3, 2013

Maal Hijrah 1435

Selamat Menyambut tahun baru Hijrah 1435 pada 5hb November 2013...

Friday, October 11, 2013

Bertenang menerima Takdir

6"Betul ke suami ku ni sudah tidak ada lagi didunia ini....?"

Dalam benak hatiku masih belum 100% mempercayai bahawa suami ku telah pergi meninggalkan kami sekeluarga dengan sekelip mata saja.

Ah...! Selagi aku tidak melihat tubuh sekujurnya selagi itu Aku menganggap dia masih ada. Mana tidaknya kerana Aku dapat rasakan kehadirannya walau ke mana jua Aku berada.

Tidak mungkinlah mereka semua ini boleh bergurau dengan ku tentang hal-hal kematian.  Hampir seminggu berita kematian suamiku terpampang di dada akhbar. Berbagai versi diperlihatkan tentang bagaimana beliau menemui kemalangan tersebut. Bukan setakat di akhbar tempatan malahan di dada akhbar New Zealand pun sebok melaporkan kejadian tersebut kerana tempat kejadian itu sering dikatakan terjadi kemalangan yang meragut nyawa.

" Ah pedulikan semua itu... sekarang ni... mana suamiku? Ya Allah, anggaplah berita ini sebagai gurauan."

Tiba-tiba Aku tersentak apabila disapa oleh pegawai UiTM yang ditugaskan untuk memastikan jenazah suamiku pulang ke Malaysia.

"Puan, pergilah bersiap2, sikit lagi kita akan berangkat ke Kargo penerbangan untuk tuntut mayat Arwah Hj. Kami sedang menyiapkan kenderaan untuk bawa Puan ke sana."

Aku merasa debaran dada ku semakin kencang seraya mengangguk2 mengiyakan dan memberitahu anak-anak untuk bersiap-siap. Mak dan Mak mertua pun dimaklumkan. Sepatutnya jenazah suamiku sampai malam tadi lagi. Tanpa diduga kapal terbang yang sepatutnya membawa jenazah suamiku beserta dengan jenazah seorang lagi pelajar perempuan,  mengalami masalah teknikal dan tidak dapat diterbangkan mengikut jadual.

Hari ini sudah masuk hari yang ke empat suamiku pergi meninggalkan kami. Beliau menemui kemalangan pada 5 zulhijjah 1429 H pukul 3.30 petang waktu jam tempatan dan 8.30 malam pada waktu di New Zealand.Waktu itu arwah suamiku dalam perjalanan pulang ke hotel tempat mereka tinggal waktu berada di sana. Hari itu adalah hari terakhir lawatan sambil belajar di beberapa tempat di New Zealand termasuk Universiti Otago di mana beliau berhasrat untuk menjalinkan hubungan UiTM bersama  universiti tersebut.  Beliau pergi bersama  beberapa pensyarah beliau yang lain dan juga pelajar-pelajarnya. Pada hari akhir lawatan,  beliau dan pelajar- pelajarnya  sempat melawat kawasan peranginan di MATA tempat di mana penggambaran cerita LORD OF THE RING di buat.  Beliau sempat menunaikan hajat atau impian beliau semenjak berada dibangku sekolah lagi, iaitu merendamkan kakinya di salah satu mata air di kawasan tersebut.

Apabila tiba di Kargo lapangan terbang LCCT,  sekali lagi aku melihat ramai yang sudah menunggu jenazah suami ku sampai. Setelah menunaikan fardhu zohor, kami dibawa ke satu tempat di mana terdapat dua buah peti kayu diletakkan dihadapan kami... apa ni? Aku berbisik sendiri. Dada ku berdebar semakin kencang dan deras. Ya Allah, betulke apa yang Aku nak lihat ni.. Suamiku dalam peti?. Anak2 dah berada dikeliling ku sambil berpegangan tangan... Apa bila peti kayu dibuka... Aku hampir tumbang..."Ya Allah, berilah Aku kekuatan. Kalau Aku lemah ketika ini...Anak-anakku pun akan turut lemah." Aku memang mengharap kekuatan jasmani dan mental ketika itu dengan Mu Ya Rabb. Aku masih gagah sambil melihat kotak kayu itu dibuka dan melihat sebuah keranda berada di dalam nya. Sambil menzikirkan al Fatihah serta al Ikhlas, keranda tersebut dibawa masuk van jenazah untuk dibawa semula ke Shah Alam untuk di solatkan sekali lagi oleh ahli kariah beliau di Surau Seksyen 8, Shah Alam ini justru dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Seksyen 21, Shah Alam.

Sebelum sampai di Surau, van jenazah telah membawa kami ke rumah sebentar sebagai syarat beliau keluar dari rumah.

Setibanya di Surau, Aku melihat bersusun kenderaan  di jalan raya menanti jenazah suami ku. Setelah mengambil wudhu dan solat asar,  keranda dibuka untuk solat jenazah. Ketika ia dibuka, Masya Allah, bersihnya muka suamiku, tersenyum sipu saja dan  tiada langsung menampakkan apa-apa kepayahan dan kesakitan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sesungguhnya, aku mengharapkan suamiku mendapat syahid dunia. Sayang, ini bahagian mu... Kali ini baru Aku benar-benar percaya bahawa suamiku memang telah meninggal dunia.

Setelah anak- anak diberi peluang untuk menatap ayah mereka buat kali terakhir, jenazah dibawa ke hadapan untuk di solatkan. Sekali lagi, Aku hampir jatuh pengsan apabila para makmum yang ada disitu menjawab soalan dari Imam.

" Kamu semua telah melihat wajah jenazah Hj Shafiee tadi, adakah arwahnya seorang yang baik ketika hidupnya atau sebaliknya?"

Dengan satu gema yang kuat makmum menjawab..." baik"

Ya Allah, baik sungguh suamiku rupanya di kalangan orang luar selain dari keluarganya,   sememangnya beliau adalah  suami dan ayah yang sangat perihatin pada keluarganya... ya Allah, maafkan Aku, kerana mengabaikan kebaikannya.

Sebaik jenazah disolatkan, aku bergegas masuk semula ke van jenazah untuk membawa kami ke tanah perkuburan.

Sesampai di tanah perkuburan di seksyen 21, liang telah disediakan.. Aku melihat jenazah suamiku disemadikan dengan tenang sambil menzikirkan surah al ikhlas. Ya, disemadikan pada waktu wukuf. Setelah Talkin dibaca, dan selesai pengkebumian, barulah terasa penatnya badan dan kurangnya tenaga untuk meneruskan keesokan harinya... Hari Raya Aidil Adha..
Semoga rohmu dicucuri rahmat... Amiinnn....

Syukur Alhamdulillah....Angah selamat

As Salam....
Pada pagi Juma'at  Aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari Anak perempuanku yang berada jauh di Makassar. Benak hati tertanya juga apa pula halnya dia ni telefon waktu sebegini. Sebaik saja memberi salam padanya, Angah menjawab salamku dan memberitahu supaya Aku jangan panik. Ha!?

"Begini Mak,  malam tadi rumah Angah dimasuki pencuri. " Belum sempat Aku menjawab atau bertanya, Angah menyambung lagi,
"Mak dengar saja apa yang Angah nak beritahu ni, Mak  jangan menjawab atau soal dulu. Angah redha apa yang telah terjadi, Mak jangan bimbang, syukur Alhamdulillah, kami semua tidak diapa-apakan oleh pencuri tersebut, lagipun kami semua tidor ketika itu. Hanya dua buah laptop dan wang tunai yang sempat diambil oleh pencuri tersebut. Dia lari pun bila dia sedar yang Angah dan terjaga dari tidor."

"Salah satu Laptop yang hilang tu Angah punya. Tidak apa lah Mak... nak buat macam mana."
Apabila mendengar penjelasan Angah dengan suara yang confident  padaku membuatkan Aku yakin bahawa sememangnya tidak mahu Aku risau. Alhamdulillah, syukur semua selamat.

Pesan ku pada mu Angah:
1. Sentiasa basahi bibirmu dengan Al Fatihah... sekiranya kesempatan menyebelahi mu. Perbanyakkan ucapan "dialog Pencipta dengan kita"
2. Zikirkan Ayat kursi. Jangan pernah leka dari menzikirkannya. Didalamnya telah di nyatakan dengan jelas bahawa Allah swt tidak pernah tidor.
3. Jangan lupa dibaca juga 4 Qul sebelum tidor.
4. Doa hindari dari musibah dialunkan setiap kali terdapat keraguan di hati.
"Bismillahil lazii laa yadhurru ma asmihi syai un fil ardhi wala fissamaai wahuwas samii ul 'alim"

Kalau Angah baca pada waktu pagi, sepanjang hari hingga malam Angah tak ditimpa musibah. Dan kalau dibaca waktu malam, Angah tidak ditimpa musibah hingga ke pagi berikutnya.

Bacalah semua ayat2 ini selalu, selain dari membaca ummul kitab ya Angah..
Insyaa allah... kita sayang dan jaga Allah...maka Allah akan jaga kita.
Di samping itu, langkah-langkah keselamatan kenalah buat ya..bila .dah pasti buat semuanya, barulah bertawakkal dan redha pada ketentuan Allah swt ya...

Thursday, September 19, 2013

As Salam.....

Ah....Aku datang lagi bertamu di Blog yang lama ku tinggalkan sendirian. Sepi...mana mungkin tiada perkabaran yang menyapa.. Namun di pagi yang hening ini sebagai muqaddimahnya.. Assalamu 'alaikum wm wb. Doa buat diriku...juga buat kalian kepada Yang Maha Esa.

" Ya Allah, di pagi yang hening ini, kami memohon kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami daripada siksa api neraka"
Surah Al Baqarah ayat 201.


Sehingga bertemu di hujung pena ku di masa yang terdekat ini...wailalliqaq.....barokati minassamak



Sunday, October 23, 2011

selamat hari jadi ku....

Hari ini umur ku 49 tahun mengikut kalendar Masehi. tetapi umur ku sebenarnya ialah 50 tahun 174 hari (lebih kurang) tanpa mengira tahun lompat.

Contoh pengiraan umur mengikut kalendar hijrah:

Kalendar Gregorian: 365 hari / tahun, Kalendar Hijrah: 354 hari / tahun
Umur sekarang (dikira sehingga 31 Disember 2011): 49 tahun
Beza Gregorian dan Hijrah: 365 - 354 = 11

Tambahan hari dari perbezaan diatas untuk mengikut kalendar Hijrah:
11 hari x 49 tahun = 539 hari, jadi umur ku sekarang ialah
50 tahun dan 174 hari = dah nak masuk 51 tahun!

Rasa2nya muda ke atau masih perasan muda hehehe ingatan untuk diriku dan juga yang seangkatan dengan ku. Itulah sebabnya

DOA KALIAN UNTUK MENAMBAH  REZEKI KU, PANJANG UMUR UNTUKKU DENGAN AMALAN DAN KETAKWAAN, DI RAHMATI, LEBIH2 LAGI KESIHATAN YANG SENTIASA BAIK HINGGA KE AKHIR HAYAT AMATLAH DIPERLUKAN olehku di saat begini....hehehe

Thursday, October 6, 2011

apa yang anda katakan pada diri anda hari ini didepanku (cermin)

saya melihat diri saya di cermin dan saya katakan padaNya:

"ingat.... Hari ini Aku tidak lebih dari seorang hamba ALLAH, hari didepanku penuh dengan tanggung jawab dan amanah yang berat mendidik dan membawa diriku dan anak-anakku, Muhammad ZulHusni, Jama'atul 'Adauyah, Mariatul Qadtiah dan Muhammad Zul Akmal ke JALAN yang LURUS yang Engkau Redhai Ya ALLAH....

Ya ALLAH
didiklah hati kami supaya membuang jauh sifat AMARAH yang ada pada diri kami..

didiklah hati kami supaya membuang jauh sifat RESAH, GUNDAH GELANA DAN KERISAUAN di lubuk hati kami..

didiklah hati kami supaya sentiasa BERSYUKUR ke atas segala Nikmat dan Rahmat yang telah kau berikan, yang sedang kami nikmati dan kecapi dan yang akan kami terima..

didiklah hati kami supaya kami sentiasa berlaku JUJUR ke atas segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada kami..

Ya Allah, kami merindukan wajah yang mencetuskan Rindu
wajah yang menciptakan Cinta
Wajah yang membisikkan Suara Hati

Ya ALLAH
Kau Elokkan pekerti kami dengan Jiwa yang JUJUR sebagaimana Kau perelokkan Wajah Kami
Bahu yang berTANGGUNGJAWAB memegang AmanahMu
berDISIPLIN  dalam bekerjaya
Akal yang berWAWASAN
KERJASAMA yang berkualiti
ADIL dalam kepimpinan
PRIHATIN dalam kehidupan

Ya ALLAH
Kau pernah membantu Rasulullah, Kau bantulah Kami ya Allah untuk kami sentiasa bersemangat untuk menemuiMu di Syurga

Ya ALLAH, Ampunkan kami
Aku PASRAH, Aku REDHA,Aku IKHLAS...
ya ALLAH.....

(sesungguhnya sekiranya terdapat pertembungan karya yang sama atau hampir sama denganku, ku pohon diizinkan aku menggunakkannya kerana satu-satu karya yang baik perlu disebar-sebarkan untuk menafaat semua yang membaca)

Zikir Zuhud

Aku tahu,
REZEKIku tidak mungkin diambil oleh orang lain, kerana itu hatiku tenang

Aku tahu,
AMALANku tidak mungkin dilakukan oleh  orang lain, maka aku sibukkan diriku untuk beramal

Aku tahu,
Allah selalu melihatku di mana saja aku berada, kerana itu aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat,

Aku tahu,
Kematian menantiku bila-bila masa Allah kehendaki, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Rabbku...

hassan al bashri